Dua bekas penguat kuasa ditahan terima rasuah RM18,000

Dua bekas penguat kuasa ditahan terima rasuah RM18,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua bekas anggota penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak kira-kira RM18,000 sebagai balasan bagi menutup satu siasatan kes pengubahan wang haram.

Penahanan suspek lelaki pertama berusia dalam lingkungan 30-an dilakukan kira-kira pukul 5.10 petang di sekitar ibu negara.

Suspek lelaki kedua berusia sekitar 30-an pula ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kuala Lumpur pada pukul 8.57 malam tadi.

Sumber memberitahu, kedua-dua suspek dipercayai menyamar sebagai pegawai dari Unit Risikan Bukit Aman dan telah datang ke pejabat mangsa di sekitar Kuala Lumpur pada Khamis minggu lalu.

“Suspek memberitahu kononnya terdapat satu kes SPRM yang dibuka terhadap mangsa membabitkan kesalahan di bawah akta pengubahan wang haram.

“Sehari selepas itu, suspek datang semula ke pejabat mangsa dan telah meminta wang rasuah kira-kira RM18,000 sebagai balasan untuk menutup siasatan berkenaan,” kata sumber itu.

Menurut sumber itu lagi, mangsa yang ketakutan telah menyerahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada suspek dan memaklumkan akan menyerahkan baki RM8,000 semalam sebelum membuat laporan kepada SPRM pada Ahad lalu.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009.

Katanya, kedua-dua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur untuk tujuan permohonan reman. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya