Dokumen sementara buat anak tanpa kewarganegaraan - Farah Nini - Utusan Malaysia

Dokumen sementara buat anak tanpa kewarganegaraan – Farah Nini

perlembagaan
Farah Nini Dasuki cadang kerajaan memberi dokumen sementara kepada anak-anak tanpa taraf kewarganegaraan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kanak-kanak tiada kewarganegaraan kerana masalah perkahwinan ibu bapa perlu diberikan dokumen sementara bagi mengelakkan mereka tercicir daripada akses dalam pendidikan dan kesihatan.

Isu tersebut perlu menjadi antara fokus kerajaan kerana mengikut peruntukan negara ini, kanak- kanak bawah usia 12 tahun wajib ke sekolah.

Bagaianapun, bercakap kepada Utusan Malaysia, Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Dr. Farah Nini Dusuki berkata, kekangan yang berlaku apabila kanak-kanak tersebut tiada kewarganegaraan atau masalah tiada dokumentasi.

Menurut beliau, tiada kewarganegaraan berpunca daripada pelbagai sebab antaranya anak hasil hubungan lelaki Malaysia dengan wanita warga asing yang dilahir di sini tetapi tidak mendaftar perkahwinan.

“Anak-anak yang lahir tanpa perkahwinan atau tidak didaftarkan di Malaysia akan bermasalah tiada warganegara.

BERDEPAN

“Kumpulan anak-anak lain yang berdepan masalah sama termasuk anak-anak dijumpai dan tidak diketahui asal usul dan anak-anak yang tidak didaftarkan kelahiran,” kata beliau.

Katanya, masalah individu tanpa kewarganegaraan diwarisi daripada masalah ibu bapa mereka sehingga membesar dalam keadaan serba-serbi bermasalah termasuk untuk mendapatkan pendidikan dan juga penjagaan kesihatan.

Oleh itu, Farah berkata, kerajaan disaran memberikan dokumen sementara kepada kumpulan yang bermasalah dengan kewarganegaraan supaya tidak tercicir alam persekolahan dan sistem kesihatan.

Salain itu, kata beliau, kerajaan juga perlu meminda dan memansuhkan mana-mana undang-undang dalam Perlembagaan Persekutuan yang mendiskriminasi kanak-kanak untuk memohon dan mendapat status kewarganegaraan.

“Sudah masanya Malaysia semak semula Perlembagaan berkaitan kewarganegaraan anak-anak yang mewarisi masalah kewarganegaraan kerana isu ibu bapa mereka yang tidak mendaftar perkahwinan dan sebagainya,” kata beliau.

Akhbar ini pada 13 Januari lalu, melaporkan seorang gadis berusia 26 tahun menceritakan pengalaman pahitnya dilahirkan tanpa kewarganegaraan disebabkan perkahwinan ibu bapa mereka yang tidak didaftarkan di negara ini.

Akibat kekangan itu Nurul Arkasah tidak pernah menjejakkan kakinya ke sekolah, tiada kad bank dan tiada lesen kereta.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN