D'Kluang tawar bantuan cuci rumah - Utusan Malaysia

D’Kluang tawar bantuan cuci rumah

MD. NORHALIM Md. Amin (empat dari kiri) menyerahkan makanan dan minuman kepada mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Batu Tiga, Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Kelab D’Kluang menawarkan khidmat mencuci rumah mangsa yang terjejas dengan bencana banjir, khususnya penduduk di Kampung Baru, Taman Kasih, Kampung Sembrong dan kediaman sekitarnya, di sini.

Tawaran ini bukan hanya melibatkan tenaga kerja, malah turut meliputi bahan keperluan untuk membersihkan rumah serta pakaian yang terendam banjir sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Kelab, Md. Norhalim Md. Amin berkata, dengan keadaan cuaca yang agak cerah sejak semalam, kemungkinan banyak mangsa  akan mula dibenarkan balik ke kediaman masing-masing hari ini. 

Walau bagaimanapun, sebelum pulang mereka perlu memastikan rumah sudah dibersihkan.

“Menerusi khidmat komuniti kelab ini, kami menawarkan kepada penduduk, khususnya mereka yang tinggal di Lorong Dua Kampung Baru, Kampung Sembrong dan taman perumahan sekitarnya untuk membantu membersihkan kediaman mereka

“Kita berharap dengan bantuan itu mampu meringankan sedikit beban penduduk terkesan banjir kali ini,” katanya selepas menyalurkan sumbangan makanan dan minuman kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Batu Tiga di Kluang hari ini. 

Dalam pada itu, Md. Norhalim yang juga Ketua Whips Majlis Perbandaran Kluang (MPK) berkata, pihaknya juga akan membuat penilaian semula semua perparitan di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan itu. 

Usaha itu perlu berikutan laporan diterima daripada penduduk bahawa kejadian limpahan air di kawasan kediaman mereka kebanyakannya berpunca daripada sistem perparitan yang ada. 

“Mungkin ada yang perlu dinaik taraf atau sekurang-kurangnya dibuat penyelenggaraan bagi melancarkan aliran keluar air dari kawasan penempatan ke sungai berhampiran,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya