Diuruskan warga asing: 40 premis perniagaan di Seremban diarah tutup tahun lepas - Utusan Malaysia

Diuruskan warga asing: 40 premis perniagaan di Seremban diarah tutup tahun lepas

SEBUAH premis mencuci kereta diarahkan tutup kerana didapati diuruskan oleh warga asing ketika operasi penguatkuasaan yang dijalankan di Nilai, Seremban baru-baru ini.-GAMBAR/MAJLIS BANDARAYA SEREMBAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Hampir 40 buah premis perniagaan di daerah ini diarahkan tutup serta-merta sepanjang tahun lepas selepas didapati diuruskan oleh warga asing.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), Hanizam Ahmad berkata, tindakan tegas itu diambil kerana telah melanggar syarat lesen yang telah dikeluarkan oleh pihak MBS.

“Bagi mengekang kegiatan itu daripada berulang, operasi berkala akan terus dijalankan oleh pihak penguatkuasaan supaya peraturan dan undang-undang dapat dipatuhi oleh pemilik premis berlesen,” katanya.

Sementara itu dalam hal berkaitan, sebanyak dua premis perniagaan di Nilai telah diarahkan tutup serta-merta oleh MBS Cawangan Nilai atas kesalahan sama dalam operasi yang dijalankan pada 30 Disember 2023 lalu.

Menurut Hanizam, operasi dijalankan di Jalan Desa Kolej dan Putra Indah itu melibatkan dua premis perniagaan iaitu kedai gunting rambut dan premis mencuci kereta. 

“Daripada pemeriksaan yang dijalankan dalam operasi tersebut mendapati, kedua-dua premis tersebut mempunyai lesen perniagaan daripada MBS tetapi diuruskan oleh warga asing yang masing-masing berusia 39 dan 31 tahun. 

“Berikutan itu, dua notis dikeluarkan dengan mengarahkan dua premis terbabit ditutup serta-merta dan dua notis pemberitahuan kesalahan langgar syarat lesen dibawah Seksyen Undang-Undang Kecil 3 Perlesenan Tred MBS,” katanya. 

Beliau berkata, satu notis pemberitahuan sitaan barangan juga dikeluarkan. 

“Antara barangan disita adalah dua unit kerusi gunting rambut, tiga unit kerusi plastik, satu unit pengering rambut dan tiga unit mesin gunting rambut,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya