Disaman RM142 juta, Ayu Puteh enggan mengalah - Utusan Malaysia

Disaman RM142 juta, Ayu Puteh enggan mengalah

DATUK AYU PUTEH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bakal berdepan sebutan pertama saman dikemukakan Awesome TV pada 16 Januari ini, penerbit dan pemilik syarikat Pencil Pictures Sdn. Bhd., Datuk Ayu Puteh menegaskan tidak berdiam diri malah akan bangkit melawan demi mendapatkan keadilan.

Dakwa Ayu atau Normashayu Puteh, bukan sahaja dirinya teraniaya tetapi semua yang tellibat dalam penerbitan drama Di Sebalik Dia yang ditayangkan di stesen TV berkenaan.

“Saya akan terus berjuang kerana ini bukan hak saya seorang, sebaliknya juga periuk nasi orang lain.

“Selaku timbalan presiden Persatuan Penerbit Filem Malaysia dan juga biro cetak rompak, saya harus ke depan agar yang lain dapat ikut jejak yang sama. Jika tak lawan, apa nasib penerbit lain? ” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia baru-baru ini.

Awesome TV sebelum ini mendakwa Pencil Pictures Sdn. Bhd. gagal melunaskan syarat kontrak penerbitan drama telah memfailkan saman bernilai RM142 juta terhadap syarikat berkenaan Mac tahun lalu.

Ayu dalam reaksinya kepada media sebelum ini menyifatkan tindakan (saman) itu sebagai keterlaluan kerana syarikat penyiaran tersebut masih belum menjelaskan bayaran penuh drama 26 episod berkenaan.

Kes itu bagaimanapun dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana kadar saman difailkan melebihi bidang kuasa Mahkamah Sesyen.

Dalam pada itu, Ayu bersyukur kerana rezekinya tidak putus meskipun menanggung hutang yang banyak akibat isu berkenaan.

“Orang yang menganiaya saya hidupnya seperti biasa makan, beli belah dan berjalan sana sini. Mungkin sudah biasa menganiaya orang sehingga tidak rasa apa-apa.

“Alhamdulillah Allah tidak putus beri rezeki kepada saya. Dengan tawaran diberikan tahun lalu saya bayar semua
hutang secara berperingkat.

“Tahun 2024, jadual saya penuh kerana kami telah menerima tawaran menghasilkan drama untuk syarikat penyiaran over-the-top serta dirisik oleh dua stesen televisyen yang percaya kepada naskhah yang kami hasilkan,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya