Dipenjara 35 tahun jerut teman wanita guna wayar

Dipenjara 35 tahun jerut teman wanita guna wayar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan hari ini menjatuhkan hukuman penjara 35 tahun terhadap seorang lelaki warganegara Indonesia selepas mengetepikan hukuman mati kerana membunuh teman wanita dengan menjerutnya menggunakan wayar kabel, tujuh tahun lalu.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis kejadian yang diperoleh pihak polis menunjukkan Ermiadi menjerut leher mangsa sehingga tidak sedarkan diri. Mayat mangsa yang telah reput kemudian ditemukan dalam sebuah beg di sebuah bilik.

Panel tiga hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memerintahkan Ermiadi menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkapan pada 17 Oktober 2017. Perayu turut dikenakan 12 sebatan.

Beliau yang bersidang bersama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara berpuas hati sabitan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi dan disahkan Mahkamah Rayuan, adalah selamat untuk dikekalkan.

Ermiadi, 32, disabitkan membunuh teman wanita senegaranya, Romsari Sitanggang di sebuah unit rumah kedai yang menjalankan perniagaan judi dalam talian di Rawang antara pukul 6.46 pagi dan 8 pagi, 12 Oktober 2017.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Mahkamah Tinggi mensabit dan mengenakannya dengan hukuman mati. Mahkamah Rayuan mengesahkan keputusan itu.

Keterangan kes menunjukkan Romsari yang juga rakan sekerja Ermiadi meluangkan masa bersama di salah sebuah bilik di premis berkenaan pada malam 11 Oktober 2017. Ermiadi menetap di bilik itu bersama seorang rakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN