Tiada hujan dalam kampung, tapi air naik paras lutut

Tiada hujan dalam kampung, tapi air naik paras lutut

ROGAYAH LAMOR ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid di pusat pemindahan sementara PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari di Ayer Hitam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Sebuah keluarga di Kampung Olak Batu di Ayer Hitam terkejut apabila mendapat arahan berpindah sedangkan tiada hujan berlaku di kawasan kampung.

Kasmah Jailani, 61, yang tinggal bersama ibunya, Rogayah Lamor, 83,
pada mulanya enggan berpindah kerana tidak merasa perlu ke pusat pemindahan sementara (PPS) kerana menyangkakan tidak akan berlaku banjir.

Bagaimana pun, khuatir dengan keselamatan ibunya, Kasmah mengambil tindakan mematuhi arahan dan tindakan itu tepat apabila mula memasuki halaman rumah hingga paras lutut.

Katanya, kediaman yang terletak berhampiran PPS membolehkannya berulang melihat keadaan rumah dan terkejut apabila mendapati air juga masuk kedalam rumah walaupun paras airnya tidak tinggi.

“Kami memang pelik, di kampung tak hujan, tapi air naik tinggi menyebabkan timbul tanda tanya dari mana datangnya air hingga menyebabkan banjir.

“Akibat tiada persiapan, kenaikan air yang tidak disangka-sangka itu menyebabkan beberapa barang kelengkapan ditenggelami air,” katanya.

Kasmah berkata demikian selepas menerima sumbangan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Negeri Johor, Mohd Fared Mohd Khalid lewat petang semalam.

Kasmah bersama ibunya, Rogayah menjangkakan akan dapat pulang ke rumah esok berikutan keadaan air yang semakin surut sekarang ini.

Sementara itu, ibu tunggal, Masrifah Mohammad, 64, yang tinggal bersama lima orang anaknya di Kampung Parit Semarang turut terkejut dengan kejadian air yang naik secara tiba-tiba di kediamannya.

“Keadaan rumah masih belum diketahui keadaannya selepas berpindah ke PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Kuari di Ayer Hitam semalam,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya