Daim didakwa minggu hadapan - Azam Baki  - Utusan Malaysia

Daim didakwa minggu hadapan – Azam Baki 

TUN DAIM ZAINUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan Tun Daim Zainuddin  akan dituduh mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu hadapan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki memberitahu Utusan Malaysia, tindakan itu dilakukan SPRM sebaik pihak peguam kepada Daim memaklumkan bekas menteri kewangan itu telah keluar  hospital hari ini.

“Pada peringkat ini, pegawai penyiasat dalam perbincangan bagi pertuduhan di mahkamah dikenakan terhadap beliau,” katanya secara ringkas.

Terdahulu, Daim sepatutnya dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta SPRM kerana suruhanjaya itu sudah mendapat kebenaran berbuat demikian.

Bagaimanapun, pertuduhan ke atas Daim dijadual semula selepas beliau dimasukkan ke hospital.

Semalam Azam berkata, Jabatan Peguam Negara sudah memberi kebenaran untuk SPRM mendakwa bekas menteri kanan terbabit sejak minggu lalu.

Kelmarin, isteri Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid didakwa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan 12 harta termasuk Menara Ilham dan beberapa hartanah di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.

Bagaimanapun, Na’imah, 67, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan sebaik sahaja jurubahasa membacakan pertuduhan di hadapan Hakim Azura Alwi.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya