Cukai jalan, lesen memandu boleh diperbaharui di MyJPJ

Cukai jalan, lesen memandu boleh diperbaharui di MyJPJ mulai Februari

cukai jalan
ANTHONY Loke (kiri) beramah mesra dengan orang ramai yang berurusan di ibu pejabat JPJ Selangor, Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Orang ramai kini boleh memperbaharui cukai jalan kenderaan dan lesen memandu hanya menerusi aplikasi MyJPJ mulai Februari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, pertambahan fungsi baharu tersebut akan memudahkan orang awam untuk memperbaharui cukai jalan dan lesem memandu secara digital selain menjimatkan masa dan kos.

“Pelaksanaan urus niaga pembaharuan cukai jalan melalui aplikasi ini akan dilaksanakan secara berfasa yang mana pada peringkat permulaan hanya melibatkan kenderaan persendirian individu (warganegara),” kata beliau selepas mengadakan sesi lawatan ke JPJ Selangor di sini, hari ini.

Menurut beliau, untuk menggalakkan penggunaan e-LMM, individu yang memilih Lesen Memandu Malaysia Digital (e-LMM) ketika pembaharuan akan menikmati rebat sebanyak RM5, yang mana rebat tersebut akan dinikmati sepanjang tahun 2024 iaitu bermula 1 Februari sehingga 31 Disember.

Selain itu, kata beliau, orang ramai juga  boleh membuat perkongsian Lesen Kenderaan Motor Digital (e-LKM) atau cukai jalan digital menerusi aplikasi MyJPJ bermula hari ini.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, fungsi baharu itu membantu pemilik kenderaan berkongsi e-LKM dengan individu lain sama ada ahli keluarga dan rakan-rakan.

Menurut beliau, pemilik kenderaan hanya perlu menekan nombor plat kenderaan dan butang ‘Kongsi LKM’ untuk membuat perkongsian tersebut.

“Fungsi ini mempunyai tempoh had masa perkongsian yang ditetapkan oleh pemilik dan kod pengaktifan perlu diberikan kepada penerimanya.

“Sistem itu akan menghapuskan rekod perkongsian jika tidak diaktifkan dalam tempoh 24 jam,” katanya.

Kata beliau, inisiatif itu bertujuan membantu pemandu yang memandu kenderaan individu lain untuk menunjukkan cukai jalan kepada pihak berkuasa. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya