Cubaan terakhir kapit paip bocor di Sungai Perai malam ini - Utusan Malaysia

Cubaan terakhir kapit paip bocor di Sungai Perai malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI: Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) dijangka membuat percubaan terakhir untuk mengapit bahagian bawah paip antara pukul 8 malam hingga 2 pagi ini.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya berharap agar Pelan A itu akan berjaya dan pembekalan air dapat dibuat secara berperingkat.

“Untuk Pelan B pula, setakat ini, ia berjalan dengan baik.

“Jika tiada halangan, dijangka (kerja-kerja pembaikan di bawah pelan ini) akan siap dua hari lebih awal (Sabtu) daripada jangkaan asal,” katanya yang juga Pengerusi PBAPP selepas melawat kerja-kerja pembaikan paip di Sungai Perai itu, petang tadi

Untuk rekod, pelan tindakan kecemasan (Pelan A) membabitkan kerja-kerja mengapit semula atau ‘re-clamping’ bahagian paip pecah di dasar Sungai Perai.

Mengikut perancangan awal, kerja-kerja tersebut sepatutnya siap petang ini, namun tertangguh akibat hujan lebat.

Sementara itu, Pelan B pula melibatkan kerja-kerja pemasangan dua paip lencongan 600 milimeter (mm) merentasi Sungai Perai di bahagian permukaan sungai.

Ketika ini, satu daripada dua paip berkenaan telah berjaya dipasang berdekatan jambatan Ampang Jajar dan PBAPP menjangkakan kerja-kerja pemasangan kedua-dua paip lencongan akan siap pada Sabtu ini berbanding jangkaan awal iaitu Isnin depan.

Ketika ini, hujan lebat turun di semua
daerah di Pulau Pinang sejak pukul 6 petang tadi dan inilah peluang yang ditunggu-tunggu penduduk terjejas untuk menadah air sebagai bekalan.

Sehingga pukul 8 malam tadi, kawasan di daerah Barat Daya masih tiada bekalan air dalam tempoh 50 jam, sejak pukul 5 petang, Selasa lalu. -UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya