Cuaca cerah lancarkan kehadiran calon SPM - Utusan Malaysia

Cuaca cerah lancarkan kehadiran calon SPM

NORHAFIZAH Nasiron (kiri) dan Anuar Salleh menyambut kehadiran calon-calon peperiksaan SPM 2023 yang menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu di SMK Dato' Penggawa Barat, Pontian.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Cuaca cerah memudahkan kehadiran para pelajar yang menduduki Ujian Bertutur Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Penggawa Barat di sini mendapati, calon-calon mula memasuki sekolah pada pukul  7 pagi dengan dihantar oleh ibu bapa dan keluarga.

Kehadiran mereka disambut oleh Guru Kanan Mata Pelajaran  (GKMP) Bahasa, Anuar Salleh dan Norhafizah Nasiron, Penyelaras Kecemerlangan SPM.

Menurut Pengetua SMK Dato’ Penggawa Barat, Rozlizah Rahmat, seramai 174 calon termasuk 60 yang tinggal di asrama menduduki Ujian Bertutur Bahasa Melayu hingga 17 Januari ini.

“Insya-Allah semua persiapan telah diatur oleh Unit Peperiksaan Sekolah bagi memastikan perjalanan peperiksaan SPM lancar,” katanya.

Sementara itu, Pejabat Pendidikan Daerah Pontian telah mewujudkan Ops Payung  di  setiap sekolah yang terlibat dengan peperiksaan SPM.

Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Pontian, Abd. Rahman Salleh berkata, seramai 2,811 calon akan menduduki peperiksaan SPM 2023 di 20  buah pusat peperiksaan di seluruh daerah ini.

“Seramai 92 calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah menduduki peperiksaan tersebut bermula 2 Januari hingga 11 Januari di tiga buah pusat pemeriksaan,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, setakat ini tiada sekolah di Pontian dijadikan PPS dan turut mengingatkan  semua calon peperiksaan awam supaya mengikuti maklumat dari semasa ke semasa melalui televisyen atau media sosial mengenai perkembangan yang berlaku di tempat tinggal masing-masing.

Peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini hingga 11 Januari ini bagi Ujian Bertutur Bahasa Melayu, 17 hingga 23 Januari (Ujian Bertutur Bahasa Inggeris), 29 Januari (Ujian Mendengar Bahasa Melayu dan Ujian Mendengar Bahasa Inggeris) dan 30 Januari hingga 7 Mac (Peperiksaan Bertulis). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya