Cuaca baik, mangsa banjir ambil kesempatan pulang bersihkan kediaman - Utusan Malaysia

Cuaca baik, mangsa banjir ambil kesempatan pulang bersihkan kediaman

MD HAIRUL NIZAM OTHMAN yang merupakan penduduk di Taman Aman, Kota Tinggi di sini mengambill kesempatan membersihkan kediamannya ketika cuaca baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Mangsa banjir di Taman Aman di sini mengambil kesempatan keadaan cuaca baik dengan pulang ke rumah membersihkan kediaman masing-masing.

Tinjauan di taman berkenaan mendapati rata-rata penduduk mula membersihkan dalam rumah yang dimasuki air banjir serta menjemur karpet dan kelengkapan rumah lain yang sempat diselamatkan walaupun pusat pemindahan sementara (PPS) belum ditutup.

Penduduk, Md Hairul Nizam Othman, 43 berkata sejak petang semalam air banjir sudah pun mulai surut.

“Kami sempat pulang sekejap ke rumah semalam namun kembali semula ke PPS di Sekolah Kebangsaan Laksamana dan bermalam di sana.

“Hari ini walaupun ada hujan juga tetapi cuaca agak baik kerana hujan hanya sekejap sahaja jadi boleh ambil kesempatan bersihkan apa yang patut di rumah.

“PPS belum ditutup dan kami juga masih belum dibenarkan pulang ke rumah lagi meskipun air banjir sudah surut. Namun saya dan anak lelaki bersihkan rumah awal supaya senang jika dibenarkan pulang pada bila-bila masa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Bapa kepada tiga orang anak itu berkata, meskipun saban tahun berdepan isu banjir yang sama namun kali ini dia tidak menunggu masa yang lama untuk berpindah ke PPS.

Katanya pengalaman tahun lepas terpaksa menyelamatkan diri ekoran air banjir naik secara mendadak membuatkan dia tidak mahu mengambil risiko.

“Tahun lepas air naik dengan cepat, ketika itu isteri dan anak sudah pun ke PPS. Saya bersama abang terpaksa menyelamatkan diri atas tembok setinggi kira-kira 1 meter berikutan kawasan rumah telah dipenuhi air,” katanya.

Tambahnya sepanjang 19 tahun menyewa di kediaman itu dia juga pernah berdepan keadaan banjir yang paling buruk pada tahun 2006 dan 2007 dimana air mencecah sehingga paras pintu rumahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya