Covid-19 dijangka meningkat menjelang Thaipusam, Tahun Baharu Cina

Covid-19 dijangka meningkat menjelang Thaipusam, Tahun Baharu Cina

JUMLAH kes jangkitan Covid-19 dijangka meningkat menjelang dua sam­butan perayaan, iaitu Thaipusam dan Tahun Baharu Cina.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jumlah kes jangkitan Covid-19 dijangka meningkat menjelang dua sam­butan perayaan, iaitu Thaipusam dan Tahun Baharu Cina sekiranya langkah-langkah pen­cegahan awal tidak diambil serius.

Berdasarkan data dalam laman sesawang Kementerian Kesihatan, kes aktif yang direkodkan setakat 31 Disember lalu adalah sebanyak 27,894.

Daripada jumlah itu, hanya 1,007 sedang menjalani kuaran­tin di hospital dengan 58 kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala selebihnya menjalani kuarantin kendiri.

Pakar Kesihatan Komuniti Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, kebanyakan kes aktif disebabkan varian mutasi baharu seperti JN.1 yang dijangka meningkatkan kadar jangkitan sebanyak 20 peratus di Amerika Syarikat dan menular ke negara luar termasuk Malaysia.

Menurutnya, ia dikelaskan sebagai Variant of Interest (VOI) oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan disifatkan mudah berjangkit.

“Kesan jangkitan dari segi virulens masih dipertikaikan dan dianggarkan tidak memberi kesan kesihatan yang teruk sehingga menyebabkan gelombang baharu.

“Mutasi virus juga dijangka terus berlaku terutama menjelang Thaipusam dan Tahun Baharu Cina nanti kerana akan berlakunya pergerakan secara meluas dan aktiviti beramai-ramai,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Sharifa Ezat menjelaskan, kes aktif diramalkan meningkat, namun beliau menjangkakan kebanyakannya kes ringan yang tidak memerlukan rawatan di hospital.

“Bagaimanapun, bagi golongan rentan seperti warga emas, individu yang memiliki komorbiditi tinggi dan yang belum lengkap vaksin, risiko jangkitan adalah lebih tinggi dan kemungkinan perlu masuk wad juga tinggi,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, perubahan dalam varian yang boleh bermutasi dan berubah-ubah merupakan punca utama dalam peningkatan kes Covid-19.

Sementara itu, Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Komuniti, Dr. Zawiah Mansor berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) perlu memastikan tindakan pencegahan seperti pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan pengambilan vaksinasi diperketatkan.

Katanya, ia bertujuan mengurangkan risiko penularan jangkitan terutama menjelang sambutan Tahun Baharu Cina.

“Berdasarkan sumber data terbuka yang dilaporkan oleh KKM, terdapat trend peningkatan kes Covid-19 pada Disember 2023 berbanding bulan sebelumnya.

“Sekiranya tiada tindakan pencegahan daripada individu, masyarakat dan pihak yang berkaitan, tidak mustahil peningkatan kes akan berlaku,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya