Cik Melah, Mat Napi rosakkan tanaman penduduk ditangkap - Utusan Malaysia

Cik Melah, Mat Napi rosakkan tanaman penduduk ditangkap

GAJAH liar yang merosakkan tanaman penduduk dipindahkan Perhilitan Perak dalam operasi translokasi di Lenggong kelmarin. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LENGGONG: Penduduk di sini lega apabila dua gajah liar yang merosakkan tanaman ditangkap seterusnya dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, dua ekor gajah liar itu ditangkap Unit Tangkapan Gajah (UTG) Perak pada Jumaat lalu.

Menurut beliau, gajah betina dinamakan Cik Melah dianggarkan berusia 25 tahun dan gajah jantan nama Mat Napi berusia 10 tahun antara  gajah daripada kumpulan ID Piah.

Khidmat dua ekor gajah denak betina iaitu Abot dan Rambai sekali lagi digunakan bagi menjinakkan dua ekor gajah liar di Kampung Chepor, di sini.

Pada Khamis lalu, dua denak berkenaan turut membantu Perhilitan dalam proses translokasi dua gajah liar iaitu Yob Napi dan Yong Hani yang dikesan berkeliaran dan merosakkan tanaman penduduk.

“Dua gajah denak dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah (PKGK), Pahang digunakan bagi memujuk dan menarik gajah liar itu ke atas lori untuk proses translokasi.

“Kedua-dua gajah liar berkenaan akan dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum,” katanya di sini.

Menurut beliau, operasi pemindahan gajah itu bermula pukul 9 pagi dengan melibatkan 27 kakitangan PKGK Kuala Gandah dan UTG Perak.

Sementara itu, penduduk kampung, Wan Mohamad Noor Othman, 60, berkata, mereka lega kerana gajah liar yang merosakkan tanaman kelapa sawit dan kelapa miliknya berjaya ditangkap.

 “Sejak dua bulan lalu, lebih 100 pokok dan anak pokok kelapa sawit saya rosak selepas haiwan itu masuk ke kawasan kebun.

“Walaupun saya tahu ada banyak lagi gajah yang masih berkeliaran di hutan simpan berhampiran namun dengan tangkapan empat ekor gajah ini, saya sudah berasa lega,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya