Cemas zink bumbung rumah diterbangkan angin kencang - Utusan Malaysia

Cemas zink bumbung rumah diterbangkan angin kencang

S. RAVI Chandran menunjukkan zink bumbung rumahnya di Taman Melor, Batang Benar, Seremban yang telah dibaik pulih berikutan kerosakan yang dialami akibat kejadian ribut yang berlaku semalam.-UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang suri rumah berdepan detik cemas selepas zink bumbung rumahnya diterbangkan angin kencang dalam kejadian ribut yang berlaku di Taman Melor, Batang Benar di sini semalam.

Kata G. Kalaivani 48, kejadian pada pukul 2.30 petang itu merupakan kali pertama dialaminya sejak tinggal di rumah itu lebih 28 tahun lalu.

Menurutnya, ketika kejadian, dia berada di dalam rumah bersama seorang anak lelaki dan seorang lagi anak berada di luar rumah manakala suaminya S. Ravi Chandran, 56, keluar bekerja. 

“Saya ketika itu sedang meletakkan barangan yang dibeli di dapur dan tiba-tiba dikejutkan dengan satu bunyi deruan yang kuat.  Ingatkan gempa bumi dan saya terus panggil anak sebelum berlari ke ruang depan untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, dia sangat terkejut apabila melihat enam keping zink bumbungnya diterbangkan angin selain mengalami kerosakan pada siling.

“Tiada hujan malah semalam pun panas terik tetapi tiba-tiba kejadian berlaku. Semasa berada di luar rumah saya turut didatangi jiran yang memberitahu rumah mereka juga rosak apabila bahagian bumbung diterbangkan angin kencang. 

“Malam tadi, risau juga melihat keadaan zink bumbung rumah, dan saya sekeluarga mengambil inisiatif sendiri memasang kepingan zink sementara sebelum mendapatkan bantuan lanjut,” katanya.

Musibah yang dialami penduduk di Taman Melor itu, turut mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J. Arul Kumar yang segera menghulurkan sumbangan pembaikan serta kerosakan bumbung yang dialami. 

Dalam kejadian kelmarin, kira-kira tiga buah rumah penduduk di Taman Melor, dibadai ribut, namun kesemua penduduk terlibat tidak mengalami kecederaan.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya