Calon SPM lega sempat selamatkan buku, pakaian tertinggal - Utusan Malaysia

Calon SPM lega sempat selamatkan buku, pakaian tertinggal

MUHAMMAD AIDID Asraf Rozzeli (kiri) mengulangi pelajaran di PPS Dewan MBIP, Skudai apabila rumah mereka di Kampung Laut dilanda banjir.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang pelajar yang akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023, Muhammad Aidid Asraf Rozzeli, 17, lega apabila sempat menyelamatkan buku dan buku teks apabila kediaman mereka dinaiki air banjir.

Keluarganya kini berlindung di  pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan MBIP, Skudai apabila rumah di Kampung Laut, Skudai dilanda banjir  berikutan hujan lebat sejak malam tadi.

” Alhamdulillah semua buku berjaya diselamatkan, tetapi pakaian sekolah tidak sempat diambil kerana air semakin naik. Selain buku, saya juga buat ulang kaji menggunakan telefon bimbit,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Muhammad Aidid yang mengambil aliran ekonomi mengakui tumpuannya sedikit terganggu akibat banjir dan terpaksa berpindah ke PPS.

Namub, dia berharap dapat menghadapi SPM dengan tenang dan memberi fokus terhadap setiap kertas peperiksaan yang akan didudukinya nanti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya