TUMPAT: Seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Nurul Huda tetap fokus menduduki ujian bertutur Bahasa Melayu (BM) dan Bahasa Inggeris (BI) yang bermula semalam meskipun rumahnya baharu surut dilanda banjir minggu lalu.
Bercakap kepada Utusan Malaysia Nik Nur Syafiqah Nik Zahari, 17, berkata, segala persiapan sudah dilakukan walaupun terpaksa mengulangkaji pelajaran di pusat pemindahan sementara (PPS).
“Disebabkan banjir saya sekeluarga terpaksa berlindung di PPS selama lima hari apabila rumah dinaiki air sedalam 0.7 meter.
“Sekolah turut ditenggelami banjir, namun saya bersyukur semua itu sepenuhnya dan sesi persekolahan bermula 2 Januari lalu beroperasi dengan lancar,” katanya ditemui di SMU (A) Nurul Huda di Kampung Kajang Sebidang di sini semalam.
Sementara itu ibunya, Nor Hayati Che Ngah, 38, memberitahu, dia berharap banjir gelombang keempat tidak berlaku kerana situasi tersebut akan memberikan kesan kepada Nik Nur Syafiqah
“Kalau banjir kami terpaksa berlindung di PPS, sekolah pun tenggelam.
“Walaupun boleh berpindah pusat peperiksaan tetapi berdepan situasi banjir ini dibimbangi boleh menggangu emosi anak,” ujarnya.-UTUSAN