Calon SPM curi, lerai komponen motosikal ditahan

Calon SPM curi, lerai komponen motosikal ditahan

SEBAHAGIAN rangka motosikal curi yang berjaya ditemukan di dalam kawasan anak sungai di Pasir Puteh, Kelantan.-IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Tiga pelajar tingkatan lima sebuah sekolah di sini tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas ditahan kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan mencuri serta meleraikan komponen motosikal jenis Honda Ex-5.

Ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, kesemua suspek yang ditahan itu bersabit dengan kes curi motosikal di daerah ini dan Besut, Terengganu. 

Menurutnya, hasil siasatan awal yang dijalankan ketiga-tiga suspek mengaku terlibat dalam beberapa kes curi motosikal bermula dari awal bulan Disember tahun lalu hingga bulan ini dengan menyasarkan motosikal jenis Honda EX-5. 

“Mereka menggunakan modus operandi dengan mencuri motosikal yang ditinggalkan di kawasan sawah padi sebelum melerai dan mengambil komponen motosikal untuk dijual.

“Penahanan mereka turut membawa kepada rampasan empat buah rangka motosikal yang telah ditemukan di dalam anak sungai di Daerah Pasir Puteh,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zaizul Rizal memberitahu, hasil semakan yang dilakukan terhadap kesemua rangka yang ditemukan mendapati kesemuanya masih dilaporkan hilang. 

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan saringan terhadap ketiga-tiga remaja tersebut mendapati mereka negatif dadah.

“Pada masa sama, mereka tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau. 

“Kesemua mereka direman mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah selama empat hari hari bermula semalam oleh Mahkamah Majistret Pasir Puteh untuk siasatan lanjut,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya