Cabar kredibiliti saksi Guan Eng

Cabar kredibiliti saksi Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak pembelaan semalam menerima pernyataan ahli perniagaan, Datuk Zarul Ahmad Mohd. Zulkifli yang direkodkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), untuk digunakan pada prosiding mencabar kre­dibiliti ahli perniagaan itu pada perbicaraan kes rasuah Lim Guan Eng.

Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin menyerahkan dokumen tersebut dan disahkan penerimaannya oleh peguam Haijan Omar yang mewakili bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu pada sebutan kes di Mahkamah Sesyen di sini.

Sehubungan itu, Hakim Azura Alwi menetapkan prosiding mencabar kredibiliti Zarul Ahmad yang juga saksi pendakwaan ke-23 didengar pada 26 dan 27 Februari ini.

Pada 9 Januari lalu, Azura memutuskan sebahagian pernyataan Zarul Ahmad yang direkodkan oleh SPRM, boleh digunakan pada prosiding mencabar kredibilitinya.

Beliau memerintahkan pihak pendakwaan menyerahkan sejumlah 31 daripada 108 muka surat kepada pihak pendakwaan untuk digunakan pada prosiding selanjutnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN