Bunuh warga emas, dua beradik direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Bunuh warga emas, dua beradik direman tujuh hari

DUA lelaki yang juga adik beradik dibawa ke Mahkamah Majistret Seremban hari ini bagi tujuan reman terhadap kedua-duanya bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas berusia 74 tahun di sebuah rumah di Kampung Pasir, Rantau, Seremban semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Dua beradik yang ditahan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang warga emas berusia 74 tahun di sebuah rumah di Kampung Pasir, Rantau, di sini, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret, Fairuz Syuhada Amran di Mahkamah Majistret Seremban.

Kedua-dua suspek berusia 25 dan 18 tahun itu ditangkap polis kurang tujuh jam selepas seorang lelaki warga emas ditemukan maut dengan kecederaan tikaman di bahagian belakang badan dan kedua buku lali di sebuah rumah di kampung tersebut.

Semalam Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe memaklumkan, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu kira-kira pukul 10.10 pagi.

“Siasatan masih dijalankan termasuk motif kejadian. Mayat lelaki warga emas berkenaan telah dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk proses bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya