Buktikan 500,000 warga asing menganggur

Buktikan 500,000 warga asing menganggur – Steven

STEVEN SIM CHEE KEONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia meminta pihak yang mendakwa seramai 500,000 warga asing menganggur membuat aduan rasmi bersama bukti kukuh bagi tindakan lanjut.  

Menterinya, Steven Sim Chee Keong berkata, kementerian sentiasa bersifat terbuka, namun perlu berasaskan bukti sekiranya mahu membuat dakwaan. 

“Bagi satu bukti jika buat dakwaan tersebut, kita sentiasa bersifat terbuka. Sebagai contoh, kes di Pengerang, dalam masa amat singkat saya dan Menteri Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah mengeluarkan kenyataan tujuh langkah yang amat tegas.

“Kalau ada bukti dan juga fakta, saya minta pihak berkenaan buat laporan secara rasmi supaya kita boleh ambil tindakan,” katanya kepada pemberita di Wisma Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) di sini. 

\Ahli Parlimen Bukit Mertajam itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendedahan Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Agensi Perkhidmatan Swasta Malaysia (Papsma), Dr. Sukumaran Nair yang dilaporkan media baru-baru ini. 

Sukumaran mendakwa, jumlah pekerja asing yang tidak diupah oleh majikan didapati menjangkau lebih 500,000 orang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya