Bukit Aman gempur 16 premis disyaki tawar khidmat seks - Utusan Malaysia

Bukit Aman gempur 16 premis disyaki tawar khidmat seks

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Polis menyerbu 16 premis disyaki menawarkan perkhidmatan seksual dan urutan diserbu menerusi Ops Noda Khas di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang, di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 5 petang, seramai 92 individu ditahan membabitkan 15 tempatan dan 77 warga asing.

Timbalan Pengarah (Risikan dan Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Fadil Marsus berkata, operasi dijalankan Bahagian D14 (Siasatan Jenayah Terancang) dengan kerjasama Bahagian D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) JSJ Bukit Aman.

“Lokasi serbuan keseluruhan 16 premis membabitkan tiga premis di Petaling Jaya, Gombak (empat), Serdang (enam) dan Klang Utara (satu).

“Jumlah tangkapan melibatkan 13 lelaki tempatan dan dua wanita tempatan manakala tangkapan warga asing seramai seorang lelaki Indonesia, wanita Vietnam (25), wanita Thailand (28) dan wanita Indonesia (23),” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pasukan serbuan turut menemukan dan menyelamatkan 37 wanita warga asing disyaki dieksploitasi sebagai pekerja seks terdiri daripada 19 wanita Indonesia, Thailand (satu), Vietnam (15), China (satu) dan Kemboja (satu).

Katanya, kesemua tangkapan ditahan mengikut Seksyen 372 B Kanun Keseksaan, Seksyen 55 B dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/1963 serta Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1963.

“Operasi pembanterasan kegiatan pemerdagangan orang dan maksiat akan diteruskan bagi menaikkan keyakinan masyarakat kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)

“Justeru masyarakat diminta sentiasa menyalurkan maklumat berkenaan aktiviti-aktiviti haram kepada pihak polis,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya