Buka reruai bantu rakyat daftar PADU - Utusan Malaysia

Buka reruai bantu rakyat daftar PADU

PENGUNJUNG Pasar Malam Taman Bukit Galena, Seremban mengambil peluang untuk mengemas kini maklumat mereka menerusi inisiatif 'booth' bergerak yang dilaksanakan oleh Pejabat DUN Bukit Kepayang dengan kerjasama Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sembilan petang semalam.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Bagi mengelakkan rakyat yang layak menerima manfaat subsidi bersasar, bantuan dan perlindungan sosial daripada tercicir menerimanya, Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang mengambil inisiatif untuk membuka reruai bagi pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, Nicole Tan Lee Koon berkata, reruai bergerak tersebut telah dibuka dengan kerjasama pihak Jabatan Perangkaan Malaysia, Negeri Sembilan di Pasar Malam Taman Bukit Galena, Seremban, semalam.

“Memandangkan garis masa untuk mengemas kini data tersebut adalah tiga bulan sahaja iaitu sehingga 31 Mac depan, booth yang dibuka di kawasan tumpuan orang ramai itu diharap dapat membantu lebih ramai orang khususnya penduduk di kawasan sekitar DUN Bukit Kepayang untuk melengkapkan data masing-masing,” katanya.

Pihaknya juga, jelas beliau, merancang untuk membuka reruai serupa di beberapa lokasi lain di dalam kawasan DUN berkenaan yang menjadi tumpuan orang ramai termasuk bagi tujuan memberikan penerangan ringkas mengenai PADU.

Tambahnya lagi, reruai berkenaan perlu melibatkan pihak Jabatan Perangkaan Malaysia kerana ia melibatkan data peribadi orang ramai.

Peluncuran PADU telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa lalu.

PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) dengan kerjasama dan sokongan pelbagai kementerian, agensi serta kerajaan negeri.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya