Botol air minuman jadi perangkap lebah kelulut

Botol air minuman jadi perangkap lebah kelulut

YAHYA Yasin menunjukkan perangkap lebah kelulut dihasilkan daripada botol air minuman yang dipasang pada pokok sekitar rumahnya di Kampung Paya Besar, Hulu Terengganu. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Seorang penternak lebah kelulut dekat sini menjadikan botol air minuman sebagai perangkap bagi mengurangkan kos kerugian akibat banjir pada setiap tahun.

Yahya Yasin, 48, dari Kampung Paya Besar di sini, berkata, botol air minuman bersaiz 1.5 liter itu diikat pada pokok di sekeliling rumahnya bagi menarik kehadiran koloni kelulut untuk bersarang. 

Menurutnya, inisiatif tersebut dilakukan bagi  membolehkannya meneruskan ternakan lebah kelulut yang menjadi sumber mata pencarian sejak 12 tahun dulu. 

“Awalnya saya bermula dengan 100 sarang kelulut, namun kini tinggal 26 sarang sahaja selepas musnah akibat banjir pada setiap kali musim tengkujuh.

“Saya tidak mampu beli sarang baharu yang berharga mencecah lebih RM750 sebuah. Jadi, terpaksalah buat sendiri menggunakan botol air minuman sahaja.

“Botol air minuman dibalut menggunakan plastik hitam dan diletakkan cecair propolis bagi menarik lebah kelulut bersarang. Setelah itu saya akan alihkan koloni ke sarang diperbuat daripada kayu,” katanya ketika ditemui di Kampung Paya Besar, di sini.

Dalam kejadian banjir pada Disember lalu katanya, dia mengalami kerugian kira-kira RM15,000 apabila 19 sarang kelulut musnah setelah pekarangan rumahnya ditenggelami air sedalam 1.5 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya