Bot miliki dadah ditahan Maritim Malaysia di Kuala Kuantan - Utusan Malaysia

Bot miliki dadah ditahan Maritim Malaysia di Kuala Kuantan

BOT gantian kaca mencurigakan ditahan penguatkuasa Maritim Malaysia yang mambawa barangan dipercayai dadah di perairan Sungai Kuantan, di sini, semalam. FOTO: Ihsan Maritim Malaysia Pahang
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Sebuah bot yang didapati membawa bersama lapan paket plastik lut sinar berisi serbuk ketulan kristal disyaki dadah merbahaya jenis Methamphetamine ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang di kedudukan kira-kira 2.8 batu nautika barat daya Kuala Kuantan, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin Jusoh berkata, bot jenis gantian kaca tanpa nombor pendaftaran itu ditahan pasukan bot peronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rondaan rutin.

Menurutnya, bot itu bergerak dalam keadaan mencurigakan menuju masuk ke arah Sungai Kuantan.

“Menyedari kehadiran anggota Maritim Malaysia, pemandu bot telah bertindak memecut laju menuju ke kawasan pokok bakau berhampiran Pulau Biawak dan melarikan diri meninggalkan bot.

“Hasil pemeriksaan menemukan wang tunai sebanyak RM198, sebuah telefon peribadi serta beberapa dokumen pengenalan diri yang mencurigakan.

“Pemeriksaan lanjut di atas bot juga telah menjumpai sebuah kotak tempat simpanan plastik berwarna hitam penutup kelabu, sebungkus plastik lutsinar mengandungi penyedut minuman warna biru dan sebungkus plastik lutsinar di dalamnya terdapat lapan paket plastik lutsinar mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamal berkata, secara keseluruhannya nilai keseluruhan rampasan yang dianggarkan bernilai hampir RM50,000 dan telah diserahkan kepada pengawai penyiasat Maritim Malaysia untuk tindakan lanjut.

Sebarang aduan, salah laku dan kemalangan atau kecemasan di laut orang ramai boleh melaporkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Pahang melalui talian 09- 5717345 atau MERS 999 untuk maklum balas segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya