Bom lama seberat 125kg ditemukan

Bom lama seberat 125kg ditemukan

SEBUTIR bom seberat 125 kilogram (Kg) ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebutir bom lama seberat 125 kilogram (Kg) ditemukan di tapak pembinaan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP) Pengkalan Chepa di sini hari ini.

Bahan letupan itu ditemukan pada 9.41 pagi semasa pekerja sedang menjalankan kerja-kerja penggalian longkang ditapak pembinaan tersebut.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan itu pada jam 9.50 pagi.

Katanya, sejurus menerima panggilan sepasukan bertugas terus dari Unit Pemusnahan Bom telah ke tempat kejadian.

“Hasil pemberiksaan mendapati bom yang ditemukan dari jenis Aerial seberat 125Kg.

“Bom tersebut kemudian berjaya dimusnahkan pada pukul 3.20 petang. Tiada sebarang kemalangan atau sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang proses pemusnahan bom ini berjalan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, penghuni dan warga Rumah Seri Kenangan Taman Kemumin (RSKTK) di sini digemparkan dengan penemuan sebutir bom zaman perang Jepun atau perang dunia kedua.

Bom jenis mortar itu ditemukan pada pukul 1 petang semasa kerja-kerja menggali dan menanam kabel elektrik di kawasan RSK oleh pihak kontraktor.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri Said Sidup ketika dihubungi Utusan Malaysia mengesahkan penemuan tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya