Boleh bahas isu skim pencen di Dewan Rakyat - Dr. Dzulkefly - Utusan Malaysia

Boleh bahas isu skim pencen di Dewan Rakyat – Dr. Dzulkefly

DZULKEFLY AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Isu pemansuhan skim pencen penjawat awam boleh dibahaskan di Dewan Rakyat kelak, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.

Menurutnya, semua orang boleh memberi cadangan dan syor mengenai perkara itu namun, akhirnya ia kekal menjadi polisi ditetapkan kerajaan.

“Kami dalam dewan (Parlimen) nanti akan berbahas, menteri kena jawab, backbenchers (penyokong kerajaan) boleh bangkitkan isu itu termasuk pembangkang.

“Saya kira cadangan dan syor oleh segelintir pihak itu ada meritnya dan semua berhak memberi cadangan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2024 Kementerian Kesihatan (KKM), di sini hari ini.

Katanya, beliau merasakan langkah (pemansuhan skim pencen penjawat awam) ada baiknya malah, mengakui ada segelitir penjawat awam memilih mencarum dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dr Dzulkefly yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) berkata, beliau mahu semua pihak tidak menggangap keputusan itu sebagai sesuatu tindakan yang negatif.

“Kalau congak-congak saya kira lebih baik mengambil begitu. Kena buat satu perbandingan kelebihan pencen dengan caruman KWSP.

“Saya dengar ada jugak orang kata lebih baik caruman. Pada zaman saya 40 tahun lalu ada juga ada rakan saya buat pilihan untuk mengambil caruman,” katanya.

Ditanya sama ada akan berlaku perpindahan doktor perubatan kerajaan ke sektor swasta susulan keputusan terbaharu kerajaan
itu, Dr. Dzulkefly berkata, perpindahan ke sektor perubatan sudah lama berlaku namun, ia berlaku penurunan sejak kebelakangan ini.

“Dari sudut faktanya, berlaku penurunan perpindahan doktor kerajaan ke sektor swasta sejak kebelakangan ini. Ini membuktikan mereka lebih selesa di sektor perubatan kerajaan,” katanya.

Sebelum ini, Pemuda UMNO mencadangkan supaya pemansuhan skim pencen bagi penjawat awam dimulakan dengan wakil rakyat terlebih dahulu.

Ketua Pemudanya, Dr Akmal Saleh dilaporkan berkata, keputusan kerajaan itu dilihat seperti berat sebelah kerana wakil rakyat boleh menikmati pencen tetapi sebaliknya untuk rakyat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya