Biz-BERKAT sekat peniaga tamak

Biz-BERKAT sekat peniaga tamak

ARMIZAN Mohd. Ali hadir pada Program Turun Padang Biz-BERKAT di sekitar Jonker Walk, Banda Hilir, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Sikap tamak peniaga menaikkan harga tidak munasabah dan sewenang-wenangnya mendorong kerajaan melancarkan inisiatif baharu Sesi Advokasi Berniaga Patuh Kod Etika dan Perundangan (Biz-BERKAT) mulai tahun ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, inisiatif tersebut dilaksanakan semata-mata untuk mengekang sikap peniaga yang sering melanggar Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011, Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Timbang dan Sukat 1972.

Menurutnya, walaupun ia dilaksanakan di seluruh negeri mulai tahun ini, namun fokus utama adalah di empat negeri yang melaksanakan tahun melawat negeri iaitu Melaka, Perlis, Kelantan dan Perak.

Katanya, ini kerana Malaysia menduduki tangga ke-12 di seluruh dunia dalam senarai negara paling banyak dilawati tahun lalu.

“Inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan komitmen di kalangan para peniaga agar mereka mematuhi kod etika, peraturan dan undang-undang perniagaan.

“Objektif utama kita dalam memastikan pelancong luar negara dan domestik mempunyai keyakinan terhadap amalan peniaga beretika dan menarik minat mereka berbelanja di Malaysia.

“Kepatuhan kepada amalan aktiviti jual beli yang beretika akan dapat membantu melonjakkan ekonomi perdagangan domestik, sekali gus memberi manfaat kepada para peniaga dalam merancakkan industri pelancongan,” katanya kepada pemberita pada Program Turun Padang Biz-BERKAT di sekitar Jonker Walk di sini, malam tadi.

Tambah Armizan, Biz-BERKAT terpakai untuk semua jenis perniagaan memandangkan penguatkuasaan dijalankan setakat ini tidak memadai kerana ia perlu hadir bersama advokasi bertujuan memberi kesedaran.

“Jika terdapat aduan kita akan buat risikan dan tidak teragak-agak melakukan siasatan melalui resit-resit serta pelbagai kaedah lain bagi mengenal pasti ketidakpatuhan peniaga. Penguat kuasa KPDN akan ditambah khususnya di empat negeri tersebut jika mendapat permintaan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya