Berselawat setiap hari jadi 'senjata' hadapi SPM - Utusan Malaysia

Berselawat setiap hari jadi ‘senjata’ hadapi SPM

ZAINAL Eran ( baju merah ) bersama calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) yang menyertai Program Anakku Berselawat di Sekolah Menengah Maahad di Pontian, Johor, malam tadi.KOSMO/UTUSAN/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ) perlu menjadikan amalan berselawat setiap hari dan masa sebagai ‘ senjata’ sebagai persediaan menghadapi tersebut nanti.

Pegawai Daerah Pontian, Zainal Eran berkata, amalan selawat sebenarnya banyak mengandungi rahsia dan fadhilat yang tersembunyi ketika seseorang itu menghadapi kesusahan dan kebimbangan

Katanya, setelah setahun bertungkus lumus belajar dan mengulangi pelajar, akhirnya kita jangan lupa berdoa dan bertawakal termasuk menjadikan amalan berselawat sebagai harapan terakhir.

“Mudah-mudahan dengan amalan berselawat ini calon-calon menjadi tenang, tidak gugup dan mudah menjawap soalan yang diberikan,” katanya ketika menutup rasmi Majlis Anakku SPM Berselawat di Sekolah Menengah Maahad, disini, malam tadi.

Zainal mewakili Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan dan Komunikasi Negeri Johor, Norlizah Noh.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pontian ( MPPn ), Ab. Razak Khalid dan Pegawai Pendidikan Daerah Pontian, Abd. Rahman Salleh.

Seramai 300 calon-calon peperiksaan SPM dari enam buah sekolah menyertai program tersebut sebagai ‘ motivasi ’ tambahan sebelum mereka menduduki peperiksaan bertulis pada 31 Januari ini.

Zainal yang juga Pengerusi Jawatakuasa Bencana Daerah ( JPBD ) Pontian berharap cuaca baik sepanjang peperiksaan tersebut berjalan yang melibatkan seramai 2,811 orang calon di daerah ini.

“Persiapan juga telah diatur oleh Pejabat Pendidikan Daerah ( PPD ) Pontian yang melibatkan beberapa agensi berkenaan bagi memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan tersebut kelak.” Ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Penganjur program Anakku Berselawat SPM, Md. Israk Abdullah berkata, pihaknya bersama MPPn telah melaksanakan Tanggungjawab Sosial Koporat ( CSR ) bagi membantu bidang pendidikan di daerah ini.

Katanya, dengan adanya program ini diharap dapat membangkitkan semangat para pelajar untuk terus memberikan keputusan yang terbaik bagi daerah Pontian apabila keputusan diumumkan kelak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN