Berpelikat, bersemutar sambil berlari 5 kilometer

Berpelikat, bersemutar sambil berlari 5 kilometer

MOHD. Fadli Mohd. Yusof (tiga dari kiri) bersama penganjur dan peserta yang berjaya menamatkan acara Fun Costume Run anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) di Kota Bharu, Kelantan, hari ini- UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Berkain pelikat dengan memakai baju T dan bersemutar antara gelagat peserta Fun Costume Run anjuran Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota di Pengkalan Chepa di sini, hari ini.

Bukan itu sahaja, ada juga memakai baju Melayu lengkap bersampin dan bersongkok turut mencuri tumpuan sepanjang larian sejauh lima kilometer (km) tersebut.

Dekan Fakulti Hospitaliti, Pelancongan dan Kesejahteraan UMK, Profesor Madya Dr. Mohd. Fadil Mohd. Yusof, berkata, lebih 200 peserta termasuk pelajar universiti itu menjayakan larian yang julung kali diadakan.

Menurutnya, penglibatan pelajar-pelajar ini menepati aspirasi UMK yang mahu memberi pendedahan kepada mereka mengenai situasi sebenar dalam penganjuran sesebuah program.

“Sebenarnya kesemua pelajar UMK telah mendapat pendedahan mengenai realiti penganjuran sesebuah program. Bagi kita ia merupakan salah satu aspek pembelajaran penting sebagai persediaan untuk melangkah ke alam kerjaya sebenar,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Selai itu, katanya, melalui program ini dapat merapatkan hubungan antara UMK dengan masyarakat luar. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya