Belum ada keputusan gabung lesen motosikal - Utusan Malaysia

Belum ada keputusan gabung lesen motosikal

ANTHONY Loke Siew Fook (empat dari kanan) menyerahkan replika cek kepada Pengerusi Badan Pengelola Sekolah SMK St. Paul, Seremban, Dr. Bob Samuel iaitu sumbangan peruntukan daripada YTL Foundation kepada sekolah berkenaan hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Belum ada sebarang keputusan muktamad bagi cadangan untuk menggabungkan kelas lesen motosikal B1 dan B2 kepada B.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ia masih di peringkat perbincangan namun mengakui memang terdapat kajian dibuat dan terdapat beberapa pandangan diterima mengenainya.

“Bagi menggabungkan kategori B dan B2, itu masih dalam kajian sebab ada pelbagai pandangan kerana lesen B ini adalah untuk motosikal berkuasa besar.

“Kami mahu melihat sejauh mana mereka yang telah dapat lesen B2 itu mampu untuk bawa motosikal berkuasa besar. Itu menjadi sedikit kebimbangan pelbagai pihak,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan peruntukan daripada pihak YTL Foundation kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St. Paul di sini hari ini.

Cadangan untuk menggabungkan kelas lesen motosikal B1 dan B2 kepada B akan dimuktamadkan hujung tahun ini.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramlee berkata, cadangan untuk menggabungkan kelas lesen motosikal B1 dan B2 kepada B akan dimuktamadkan hujung tahun lalu.

Katanya, kajian mengenai cadangan itu di peringkat akhir perbincangan antara Kementerian Pengangkutan dengan JPJ.

Perkara itu timbul selepas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid berkata, cadangan untuk menaik taraf lesen memandu motosikal bagi kelas B2 kepada B secara automatik akan dibawa ke Kementerian Pengangkutan untuk diteliti terlebih dahulu.

Sementara itu,  Anthony Loke berkata, sebagai Ahli Parlimen Seremban, beliau telah membantu pihak SMK St. Paul untuk membuat permohonan sumbangan daripada pihak YTL Foundation.

“Bagi saya di negara kita ada banyak syarikat besar yang ada yayasan bagi tujuan tanggungjawab sosial korporat, yang boleh mereka disumbangkan, saya hanya membantu sekolah ini untuk memohon.

“Memang terdapat keperluan untuk sekolah ini kerana yang pertamanya ini adalah sekolah bantuan kerajaan, sudah tentu banyak kemudahannya yang memerlukan sumbangan orang ramai.

“Peruntukan ini akan digunakan untuk membeli kerusi dan meja baharu untuk semua pelajar dan bakinya akan digunakan untuk tujuan penyelenggaraan tandas dan padang sekolah,” katanya lagi.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya