Bekas ketua perisikan ESSCOM, 7 individu bebas tuduhan bunuh pemandu e-hailing - Utusan Malaysia

Bekas ketua perisikan ESSCOM, 7 individu bebas tuduhan bunuh pemandu e-hailing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini semalam melepas dan membebaskan lapan individu termasuk bekas Ketua Staf Perisikan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Mat Zaki Md Zain daripada pertuduhan membunuh seorang pemandu e-hailing pada 13 Januari 2023.

Hakim Datuk Duncan Sikodol membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Khairul Azreem Mamat memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pendakwaan tidak mahu meneruskan pendakwaan keatas kesemua lapan tertuduh mengikut Seksyen 254 Kanun Tatacara Jenayah (CPC).

“Berdasarkan keputusan pihak pendakwaan, saya memerintahkan kesemua lapan tertuduh dilepas dan dibebaskan. Kesemua baki tarikh perbicaraan dikosongkan,” kata hakim berkenaan.

Khairul Azreem memberitahu mahkamah keputusan untuk tidak meneruskan pendakwaan itu dibuat selepas mendengar keterangan saksi utama, Nurimah Juli,33, yang mengaku bersalah membunuh Nurman Bakaratu, 61.

Nurimah mengaku bersalah membunuh bekas suaminya, Nurman di dalam kereta Myvi putih yang dinaiki mereka di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas pada 13 Januari tahun lalu.

Mat Zaki dan tujuh individu lain termasuk enam pegawai dan anggota polis yang dilepas dan dibebaskan adalah Rosdi Rastam, 45; Denis Anit, 45; Fabian Rungam, 44; Khairul Azman Bakar, 47; Mohd. Azlan Sakaran, 40; John Kennedy Sanggah,44, seorang orang awam Vivien Fabian, 34.

Pada 7 Julai 2023, Mat Zaki didakwa bersubahat dengan seorang anggota polis iaitu John Kennedy untuk membunuh Nurman Bakaratu antara 7.30 hingga 11.30 malam di kawasan ladang sawit di Batu 5, Jalan Apas pada 13 Januari lalu.

Sebelum itu, pada 8 Februari 2023, Mat Zaki turut didakwa bersubahat dengan Rosdi, Denis, Fabian, Khairul Azman, Mohd. Azlan dan Vivien membunuh Nurman di lokasi yang sama pada tarikh serta masa yang sama.

Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN