Bekas ketua pegawai operasi GLC beri tender pada suami direman

Bekas ketua pegawai operasi GLC beri tender pada suami direman

SUSPEK ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Seorang bekas ketua pegawai operasi sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan reman bagi membantu siasatan dakwaan pemberian kerja pengangkutan kepada ahli keluarga bernilai RM280,000.

Permohonan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu dibenarkan Majistret Muhammad Syafiq Sulaiman yang mengeluarkan perintah tersebut terhadap suspek wanita berusia 40-an selama tiga hari bermula semalam.

Sumber berkata, suspek terdahulu ditahan kira-kira pukul 2 petang kelmarin selepas ha­dir memberikan keterangan di pejabat SPRM Selangor.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek melakukan kesalahan tersebut, dua tahun lalu.

“Suspek dikatakan menyalahgunakan kuasa dengan terlibat dalam pelantikan syarikat milik suaminya sebagai kat subkontraktor pe­ngangkutan. Nilai kerja-kerja tersebut dianggarkan lebih RM300,000 bagi tempoh setahun bermula Mei 2022,” katanya, semalam.

Jelas sumber, semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik suspek.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim memberitahu, kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta ASPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN