Bekas ketua operasi syarikat GLC ditahan SPRM - Utusan Malaysia

Bekas ketua operasi syarikat GLC ditahan SPRM

SURUHANJAYA PENCEGAHAN RASUAH MALAYSIA (SPRM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang bekas Ketua Operasi Syarikat berkaitan kerajaan (GLC) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana menggunakan kedudukannya  melantik syarikat yang mempunyai kepentingan dengan suaminya untuk kerja-kerja pengangkutan bernilai lebih RM300,000.

Penahanan suspek dilakukan kira-kira pukul pukul 2 petang semalam ketika hadir bagi merakam keterangan di Ibu Pejabat SPRM Selangor.

Satu sumber mendedahkan, wanita berusia 40-an itu dipercayai melantik syarikat yang mana suaminya mempunyai kepentingan.

Kata beliau, berdasarkan siasatan, suspek melakukan kesalahan tersebut pada tahun 2022 di mana syarikat milik suaminya telah dilantik sebagai syarikat subkontrak pengangkutan.

“Semua bayaran subkontrak berjumlah kira-kira RM280,000 telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi suspek,” katanya di sini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek.

Beliau berkata, kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 Akta ASPRM 2009.

“SPRM akan membuat permohonan reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor pada pukul 8.30 pagi ini,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya