Bekas atlet paralimpik negara sebak terima rumah baharu

Bekas atlet paralimpik negara sebak terima rumah baharu

SYARIFAH Raudzah Syed Akil (kanan) bersama suami gembira selepas selamat menduduki rumah baharu di PPR Batang Merbau di Tanah Merah, Kelantan.-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Seorang bekas atlet paralimpik negara tidak dapat menahan sebak selepas impian untuk sebuah rumah tercapai selepas direalisasikan oleh Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb).

Impian itu terlaksana selepas permohonan dibawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) dikendalikan oleh Yakeb itu lulus sekali gus menyaksikan Sharifah Raudzah Syed Akil, 51, yang merupakan bekas atlet angkat berat layak menerima bantuan tersebut.

Sharifah Raudzah berkata, tanpa bantuan badan itu berkemungkinan besar impiannya tidak dapat direalisasikan. 

“Sebelum ini saya pernah membuat permohonan untuk mendapatkan rumah PPR di Kota Bharu secara persendirian, bagaimanapun gagal.

“Alhamdulillah dengan bantuan Yakeb, permohonan saya itu telah lulus,” katanya ditemui pemberita di kediamannya rumah PPR Batang Merbau di sini hari ini.

Sharifah Raudzah yang pernah beraksi di Sukan SEA memberitahu, setiap bulan dia perlu membayar sebanyak RM365 melalui kaedah sewa beli selama 20 tahun.

Katanya, selain suami Mohd Kamaruddin Ibrahim, 54 yang juga orang kurang upaya (OKU) yang lumpuh separuh badan dan anak lelaki, Nik Amirul Muk Min, 24, rumah itu turut diduduki oleh mentuanya.

“Sebelum ini saya sudah mempunyai sebuah rumah di Kampung Cawas di sini namun, menumpang di atas tanah orang.

“Insya-Allah dengan pendapatan berniaga secara kecil-kecilan, saya yakin mampu melunaskan bayaran sewa rumah ini,” ujanrya.

Sementara itu, Pengerusi Yakeb Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed berkata, badan tersebut mempunyai hubungan baik dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam membantu bekas atlet yang layak untuk memiliki kediaman sendiri.

“Kerjasama ini dapat membantu melancarkan proses permohonan  ahli Yakeb mendapatkan kediaman sendiri,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya