Bekalan sayur kurang, harga pula semakin naik

Bekalan sayur kurang, harga pula semakin naik

SEORANG peniaga menyusun sayur-sayuran yang dijualnya di Pasar Siti Khadijah, Kota Bharu, Kelantan-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Cuaca tidak menentu ketika ini memberi kesan kepada bekalan sayuran-sayuran sekali gus menyebabkan berlaku kenaikan harga.

Tinjauan Utusan Malaysia di Pasar Siti Khadijah dan pasar-pasar lain mendapati harga beberapa jenis sayur mengalami kenaikan harga berikutan peniaga terpaksa mendapatkan bekalan dari negara jiran.

Antara sayuran yang mengalami kenaikan harga adalah lada merah dari RM15 kepada RM20 sekilogram (kg), lada hijau dari RM12 kepada 15 (kg), tomato dari RM6 kepada RM8 (kg), timun dari RM4 kepada RM6 (kg) dan kangkung dari RM2 tiga ikat kepada RM1 seikat.

Peniaga, Atilah Mat Zin, 28, berkata, kenaikan harga bahan mentah itu berlaku lebih sebulan lalu berikutan bekalan sayur tempatan tidak mencukupi kerana musnah akibat banjir

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pemborong terpaksa mengambil bekalan dari negara jiran dengan harga lebih tinggi.

“Kini peniaga terpaksa bergantung kepada bekalan dari Thailand kerana ketiadaan bekalan sayur tempatan memandangkan sekarang adalah musim hujan.

“Kita mendapat bekalan dari Thailand dengan harga tinggi menyebabkan peniaga juga terpaksa menjual harga sedikit mahal, tambahan lagi nilai mata wang negara jiran juga tinggi berbanding negara kita,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Atilah memberitahu, kenaikan harga ini turut memberi kesan kepada pengguna yang terpaksa berbelanja lebih untuk membeli barangan keperluan harian.

Katanya, kenaikan ini juga dijangka berterusan memandangkan selepas ini akan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina diikuti Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri.

“Sebagai peniaga, saya juga terkesan dengan kenaikan ini kerana ketika ini pembeli agak kurang berbelanja kerana harga barangan melonjak naik.

“Malah peniaga juga tidak mahu pembeli rasa terbeban dengan menaikkan harga sewenang-wenangnya,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya