‘Bawalah pulang Elly Ellyana kepada kami’

‘Bawalah pulang Elly Ellyana kepada kami’

ELLY ELLYANA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Remaja perempuan yang dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bersama dua lelaki pada 10 Januari lalu dirayu pulang kerana tidak lama lagi perlu berhadapan  peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). 

Ibunya, Siti Hawa Kassim, 50, berkata, semua ahli keluarga bimbang dengan keselamatan Elly Ellyana Shafinaz Mohd Dom, 17, dan tidak henti-henti mencari di serata pelusuk bandar ini serta tempat-tempat lain diyakini mereka berada. 

Katanya, mereka tidak menyangka akan berlaku perkara seperti ini kerana anak bongsu daripada enam beradik itu tiada perselisihan faham dengan keluarga dan ada kebenaran untuk keluar atas dasar kenal dengan salah seorang lelaki yang mengajaknya. 

“Mereka bertiga keluar pukul 10 malam, namun sejam kemudian saya hubungi semula dan Elly mengatakan sedang makan serta akan balik selepas itu. 

“Apabila memasuki pukul 1 pagi, Elly masih tidak balik lagi. Saya hubungi teman lelakinya, Syawal, 22, yang mengatakan mereka masih di bandar Kluang, namun sehingga subuh masih tidak pulang ke rumah,” katanya ketika dihubungi, hari ini. 

Berikutan itu, Siti Hawa mengambil tindakan ke rumah Syawal kira-kira pukul  10 pagi untuk bertanyakan tentang Elly Ellyana, namun terkejut apabila diberitahu sudah dihantar oleh kawannya, Aiman, 22,

Ujarnya, usaha diteruskan dengan mencari Aiman di rumahnya di Taman Berlian Biru, namun kedua-dua ibu bapanya mengatakan mereka juga tidak tahu di mana anaknya dan kereta yang digunakan itu milik ayah Aiman. 

“Apa yang membimbangkan kini, telefon mereka berdua tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan kedudukan sebenar mereka sama ada selamat atau berhadapan masalah. 

“Kepada Aiman yang dipercayai masih bersama dengan Elly Ellyana, bawalah anak kami itu balik dan hantarlah ke rumah dengan selamat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya