Bapa kandung ditangkap, pukul, tendang anak perempuan - Utusan Malaysia

Bapa kandung ditangkap, pukul, tendang anak perempuan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

REMBAU: Seorang bapa ditangkap polis selepas memukul dan menendang anak perempuannya sehingga mengalami kecederaan parah dalam kejadian di Kendong di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Hazri Mohamad berkata, mangsa berusia 17 tahun yang merupakan pelajar sekolah ditendang di bahagian perut dan suspek juga bersenjatakan kerusi, raga menyimpan pakaian dan besi meja seterika.

Menurutnya, polis menerima panggilan telefon pada pukul 12.15 tengah malam dari seorang awam yang memaklumkan mangsa yang juga rakannya telah dipukul oleh bapa sendiri.

“Polis segera ke lokasi tersebut dan menahan suspek berusia 47 tahun yang berada dalam keadaan mabuk di hadapan rumah dan dibawa ke Balai Polis Kota untuk tindakan lanjut.

“Mangsa pula telah dibawa ke Hospital Tampin untuk mendapatkan rawatan lanjut. Mangsa mengalami luka di bahagian kiri kepala dan telah menerima 12 jahitan, luka di bahagian tangan kanan dan lebam di bahagian bahu kanan.

“Mangsa akan dirujuk ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah dan ditahan di wad untuk pemeriksaan lanjut pakar perubatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Hazri berkata, terdapat saksi yang merakam kejadian berkenaan iaitu teman wanita suspek namun semasa polis tiba di lokasi kejadian, saksi tersebut telah beredar dan usaha untuk mengesan barang kes serta saksi yang dapat membantu siasatan masih diteruskan.

Menurutnya, suspek mempunyai tujuh rekod lampau membabitkan jenayah dan dadah serta direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan Seksyen 18(A) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994,” katanya.-UTUSAN.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya