Banyak kedai makan murah tarik pengunjung ke Perlis

Banyak kedai makan murah tarik pengunjung ke Perlis

WAN Badariah Wan Saad (empat dari kanan) melawat The Bunker Cafe di Batas Liku, Arau, Perlis baru-baru ini. -UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kewujudan pelbagai kedai makan unik dan harganya yang cukup berpatutan di negeri ini menjadi antara daya tarikan sekali gus membantu merancakkan kehadiran pengunjung bersempena Tahun Melawat Perlis (TMPs) 2024/2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan negeri, Wan Badariah Wan Saad berkata, premis makanan di negeri ini yang sering kali tular dalam media sosial juga memainkan peranan penting menarik kehadiran pelancong.

Ujarnya, kombinasi makanan tradisional, terutamanya yang mempunyai ‘identiti Perlis’ dan moden pada masa kini sememangnya menjadi tumpuan pengunjung yang mencari kelainan sajian berbanding negeri-negeri lain.

“Kerajaan negeri menyambut baik usaha dilakukan oleh para pengusaha kedai makan dan kafe di Perlis yang menampilkan keunikan pada premis serta makanan buat pengunjung.

“Banyak premis makanan menarik di Perlis dan sebagai contoh di Arau ini, kita ada The Bunker Cafe dan pelbagai kedai lain yang menyediakan pelbagai menu menarik dengan harga sangat berpatutan,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan lawatan di The Bunker Cafe di Batas Liku, baru-baru ini.

Mengulas lanjut, Wan Badariah berkata, industri makanan di Perlis sememangnya berkembang pesat dan para pengusaha perlu mengambil peluang bagi meraih limpahan ekonomi menerusi kehadiran pengunjung luar.

“Penggunaan media sosial secara meluas juga banyak membantu kedai-kedai makan di negeri ini menjadi ‘sasaran’ orang luar untuk berkunjung ke Perlis,” katanya.

Dalam pada itu, Wan Badariah berkata, peniaga dan pengusaha premis makanan di negeri ini dinasihatkan supaya dapat menitik beratkan aspek layanan terhadap pelanggan, kebersihan dan keselesaan buat pengunjung.

“Jika pelancong berasa seronok dengan kunjungan mereka ketika berada di premis makanan tersebut, sudah tentu ia akan menjadi ‘buah mulut’ sekali gus membantu merancakkan kemasukan pelancong ke negeri ini,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya