Banjir 'merebak' ke Kulai, lima daerah terjejas - Utusan Malaysia

Banjir ‘merebak’ ke Kulai, lima daerah terjejas

MENTERI Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berbual dengan seorang mangsa banjir semasa meninjau PPS di Sekolah Kebangsaan Gembut, Tanjung Sedili, Kota Tinggi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Situasi banjir di negeri ini bertambah buruk apabila ‘merebak’ ke Kulai, menjadikan lima daerah yang terjejas setakat pukul 6 petang ini.

Johor Bahru kembali dilanda banjir hari ini dengan sebanyak sembilan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan seramai 382 penduduk daripada 104 keluarga.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memaklumkan,  jumlah mangsa banjir melonjak menjadi seramai 1,429 orang daripada 405 keluarga dipindahkan ke 34 PPS.

Katanya, jumlah itu meningkat hampir tiga kali ganda berbanding 503 orang daripada 134 keluarga di 10 PPS yang direkodkan pada pukul 1 petang tadi.

“Keadaan banjir di Kota Tinggi bertambah buruk apabila jumlah mangsa meningkat daripada 399 orang membabitkan 101 keluarga di lapan PPS menjadi 640 penduduk melibatkan 169 keluarga di 16 PPS. Mangsa banjir di Kluang juga menunjukkan peningkatan sebanyak empat kali ganda kepada 336 penduduk daripada 116 keluarga berbanding 84 penduduk daripada 28 keluarga,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Azmi yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri memberitahu, daerah baharu terkesan banjir adalah Kulai, menyaksikan sebuah PPS dibuka bagi menempatkan 51 penduduk daripada 14 keluarga.

Walau bagaimanapun, jumlah mangsa banjir di Segamat tidak berubah dengan 85 orang daripada 28 keluarga yang ditempatkan di sebuah PPS.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk hingga esok di Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi.

Sementara itu, laporan sama menunjukkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai dan Johor Bahru hingga esok.

Sementara itu Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) negeri  memaklumkan terdapat sembilan jalan di Kota Tinggi terjejas akibat banjir, iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang yang ditutup bagi semua kenderaan, manakala lapan lagi hanya boleh dilalui oleh kenderaan berat.

Laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri pula menunjukkan lapan sungai sudah melepasi paras bahaya, iaitu Sungai Tiram, Sungai Tebrau dan Sungai Skudai di Johor Bahru; Sungai Johor dan Sungai Siam di Kulai; Sungai Kepala Orang dan Sungai Johor di Kota Tinggi serta Sungai Kahang di Kluang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya