Banjir: Mangsa di Johor meningkat, hujan berterusan sejak awal pagi - Utusan Malaysia

Banjir: Mangsa di Johor meningkat, hujan berterusan sejak awal pagi

ANGGOTA APM dan tentera membantu memindahkan seorang mangsa ke PPS selepas kediamannya di Kampung Tersusun Seri Delima, Kota Tinggi dinaiki air
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di negeri ini menunjukkan peningkatan dengan seramai 456 mangsa ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) susulan hujan lebat berterusan sejak awal pagi tadi.

Jumlah itu meningkat berbanding seramai 338 mangsa yang ditempatkan di tujuh PPS pada pukul 10 malam tadi.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, kesemua mangsa banjir itu terdiri daripada 125 buah keluarga di empat daerah, iaitu Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat.

“Kota Tinggi antara daerah paling terjejas ketika ini dengan seramai 229 mangsa dipindahkan ke tujuh buah PPS, diikuti Mersing dengan seramai 123 mangsa di sebuah PPS, manakala Kluang dengan 84 mangsa di sebuah PPS dan Segamat merekodkan 20 mangsa di sebuah PPS, setakat pukul 12 tengah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor turut memberitahu, kejadian banjir di negeri ini tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kematian.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh negeri ini sepanjang hari ini.

“Tiga sungai di negeri ini telah mencapai paras air berbahaya, iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang; Sungai Kepala Orang di Kampung Jaya, Kota Tinggi dan Sungai Skudai di Kampung Laut, Johor Bahru,” katanya.

Azmi memberitahu, ketika ini dua laluan ditutup sepenuhnya untuk kenderaan, iaitu Jalan Kota Tinggi-Kluang dan Jalan Kota Tinggi-Kulai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya