Banjir Kelantan pulih sepenuhnya hari ini

Banjir Kelantan pulih sepenuhnya hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi banjir gelombang keempat di Kelantan pulih sepenuhnya hari ini apabila seramai 43 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kesemua 43 mangsa itu berlindung dari jajahan Tanah Merah itu berlindung di Sekolah Kebangsaan (SK) Lalang Pepuyu.

Sekretariat Pengurusan Bencana Kelantan berkata, PPS itu ditutup secara rasminya pada pukul 9.30 pagi tadi.

Menurutnya, mangsa terlibat yang terdiri daripada 30 dewasa dan 13 kanak-kanak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

“Bagaimanapun, paras air Sungai Golok di Rantau Panjang masih melepasi tahap bahaya, namun ia menunjukkan trend menurun.

“Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat pula melepasi tahap berjaga-jaga manakala sungai-sungai lain di Kelantan mencatatkan bacaan normal,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya