Banjir: Jumlah mangsa di Pahang berkurangan - Utusan Malaysia

Banjir: Jumlah mangsa di Pahang berkurangan

ROMPIN mencatatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi setakat ini dengan 658 mangsa dari 200 keluarga ditempatkan di PPS. - FOTO IHSAN POLIS ROMPIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Mangsa banjir di Pahang menunjukkan penurunan dengan jumlah terkini seramai 1,359 orang setakat pukul 8 pagi ini berbanding 1,437 orang pukul 8 malam tadi.

Jumlah tersebut membabitkan 375 keluarga yang ditempatkan di 26 pusat pemindahan sementara (PPS) di Maran, Pekan dan Rompin.

Menurut jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, tiga PPS di Maran ditutup menjadikan tujuh PPS masih dibuka di daerah itu setakat ini menempatkan 341 mangsa membabitkan 86 keluarga.

Kata jurucakap itu, terdapat penambahan satu PPS di Rompin semalam menjadikan jumlah keseluruhan di daerah tersebut setakat ini, 11 buah.

“Rompin turut mencatatkan jumlah mangsa banjir paling tinggi setakat ini dengan 658 mangsa dari 200 keluarga ditempatkan di PPS.

“Di Pekan pula, setakat ini sebanyak lapan PPS dibuka menempatkan 360 mangsa dari 89 keluarga,” katanya.

Menerusi laman sesawang Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Sungai Pahang di stesen Gelugor, Kuantan kini berada pada paras amaran dengan trend menaik diikuti beberapa sungai di daerah ini, Pekan, Maran, Bera dan Lipis turut menunjukkan trend menaik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan ramalan ribut petir di enam daerah di Pahang iaitu Bentong, Bera, Jerantut, Lipis, Maran, Raub, Cameron Highlands dan Temerloh sementara hujan di Kuantan, Pekan dan Rompin. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya