Banjir: Dua PPS dibuka di Sungai Lembing - Utusan Malaysia

Banjir: Dua PPS dibuka di Sungai Lembing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Hujan lebat berterusan sejak petang semalam, dipercayai antara punca menyebabkan berlaku banjir kilat di sekitar kawasan Sungai Lembing, dekat sini.

Susulan itu, laluan utama ke pekan Sungai Lembing juga tidak dapat dilalui terutama membabitkan kenderaan ringan.

Berdasarkan laporan awal Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang, sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka sejak pukul 11 malam tadi.

Menurutnya, semua mangsa banjir yang terlibat telah ditempatkan di PPS, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Lembing dan Kampung Batu 6 Sungai Lembing.

“Setakat pukul 8 pagi tadi, seramai 72 keluarga membabitkan 164 penduduk terjejas telah dipindahkan.

“PPS di SMK Sungai Lembing menempatkan seramai 70 buah keluarga iaitu seramai 159 mangsa manakala hanya dua keluarga membabitkan lima mangsa di Kampung Batu 6,” katanya.

Sementara itu, katanya, paras air sungai di Sungai Lembing telah mula menunjukkan tren menurun dan berada di paras 32.65 meter berbanding 32.68 meter, minggu lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya