Banjir di Terengganu semakin surut - Utusan Malaysia

Banjir di Terengganu semakin surut

ANGGOTA Angkatan Tentera Malaysia meninjau keadaan salah sebuah rumah penduduk yang runtuh dalam kejadian banjir di Kampung Shukor, Hulu Dungun, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir di Terengganu semakin surut dengan mangsa terjejas tinggal 521 orang daripada 170 keluarga di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) daerah Dungun pada pukul 4 petang ini.

Jumlah manga terlibat menunjukkan penurunan agak ramai berbanding 782 orang daripada 228 keluarga di enam PPS pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, tiga PPS telah ditutup hari ini dan kesemua mangsa telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Menurutnya, tiga PPS yang ditutup ialah Masjid Jamek Kampung Jongok Batu, Dewan Masjid Serdang dan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Pulut.

“Mangsa banjir di Dewan Serbaguna Kampung Shukor kekal tidak berubah iaitu seramai 226 orang daripada 61 keluarga manakala di Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja, terdapat 247 orang daripada 96 keluarga.

“Selain itu Dewan Serbaguna Kampung Paya Kemudi juga berkurangan kepada 48 mangsa daripada 13 keluarga berbanding 75 orang (19 keluarga) sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my/aras-air pula melaporkan semua sungai sudah berada di paras yang normal seperti biasa pada petang ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya