Banjir di Johor semakin buruk - Ahmad Zahid - Utusan Malaysia

Banjir di Johor semakin buruk – Ahmad Zahid

Ahmad Zahid Hamidi pada Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian dan Rumah Terbuka Krismas Kadamaian di Kota Belud hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BELUD: Semua agensi kerajaan digerakkan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Johor, Pahang dan Sabah. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada ketiga-tiga negeri itu, banjir di Johor semakin buruk dengan 6,800 mangsa dipindahkan ke 48 pusat pemindahan sementara (PPS)   di negeri itu setakat ini.

Menurut beliau, mangsa-mangsa membabitkan daripada 1,868   keluarga di enam daerah yang dilanda banjir.

Ahmad Zahid  yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara berkata, di Pahang pula sebanyak 896 mangsa a daripada 236 keluarga dipindahkan ke 23 PPS selepas tiga daerah di negeri itu dinaiki air.

Katas Ahmad Zahid, sebuah PPS dibuka di Sarawak  masih menempatkan 38 mangsa daripada sebuah keluarga.

“Justeru, kerajaan sedang mengambil beberapa tindakan koordinasi di peringkat jawatankuasa bencana negeri dan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah bagi menggerakkan aset dan bantuan kepada mangsa-mangsa yang terlibat,” kata beliau selepas Majlis Peluncuran Pembangunan Kadamaian dan Rumah Terbuka Krismas Kadamaian, di sini hari ini.

.Dalam majlis berkenaan, beliau mengumumkan kelulusan pembinaan 40 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian.

Bagi peruntukan menaik taraf jalan perhubungan desa dan kemudahan asas di enam kawasan di DUN tersebut, perkara itu akan dimaklumkan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick selaku ADUN Kadamaian. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya