Balu pengawal keselamatan terima pencen bulanan RM1,522

Balu pengawal keselamatan terima pencen bulanan RM1,522

NURSYAKINAH Abdul Ghani (kiri sekali) menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) daripada A. Sivanesan dalam sesi penerangan bersama media di Ipoh hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Balu kepada pengawal keselamatan yang dipercayai dibunuh minggu lalu melahirkan kesyukuran selepas layak menerima Faedah Pencen Penakat bulanan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Nursyakinah Abdul Ghani, 33, berkata, faedah bulanan sebanyak RM1,522.08 sepanjang hayat itu boleh membantunya membesarkan empat anak berusia enam bulan hingga 13 tahun.

“Rasa bersyukur sangat kerana saya bergantung kepada arwah sahaja kerana tidak bekerja. Dengan adanya bantuan ini, boleh saya menampung anak-anak yang masih bersekolah,” katanya.

Nursyakinah berkata demikian semasa hadir bersama anak-anaknya ke sesi pemakluman bantuan tersebut oleh Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan di sini, hari ini.

Pada 3 Januari lalu, pengawal keselamatan, Razis Jamal, 41, ditemui mati di tapak perkhemahan dekat Gunung Lang di sini dipercayai dibunuh.

Rentetan itu, seorang lelaki berusia 31 tahun ditahan reman tujuh hari sehingga Rabu ini.

Selain Faedah Pencen Penakat, keluarga mangsa layak menerima Faedah Pengurusan Mayat (FPM) sebanyak RM2,000 sekali bayar.

Jelas Nursyakinah, keluarganya pada masa ini juga sedang dibantu untuk mendapatkan pelbagai bantuan terutama perbelanjaan untuk anak-anaknya yang masih kecil.

“Saya juga membuat dan menjual aiskrim secara kecil-kecilan di rumah untuk tambah perbelanjaan sekolah anak-anak. Dalam sehari boleh dapat RM5 hingga RM6 dan kadangkala boleh cecah RM15 sehari. Kadangkala tiada orang yang membeli,” katanya.

Ibu itu juga ada mengambil tempahan membuat kuih secara kecil-kecilan bagi membantu perbelanjaan keluarga termasuk bayaran sewa rumah pangsapuri sebanyak RM320 sebulan.

Keluarga itu akan menerima faedah daripada Perkeso bermula Februari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya