Balai Cerap platform ketengah ilmu falak

Balai Cerap platform ketengah ilmu falak

Sr Fauzani Azam (kiri) bersama kakitangannya mencuba peralatan disediakan di Balai Cerap Tan Sri Harussani di Kompleks INSTUN di Tanjung Malim. – UTUSAN/ MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANJUNG MALIM: Pembukaan Balai Cerap Tan Sri Harussani (TSHO) di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) Behrang, Tanjung Malim, menjadikan balai cerap ke-30 di Malaysia dan yang pertama di Perak.

Balai cerap itu dirasmikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Oktober lalu.

Pembukaan itu menarik minat masyarakat tentang ilmu astronomi dan bertepatan de­ngan agenda dalam Pelan Perak Sejahtera 2030 di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad untuk memperkasakan pengetahuan rakyat dalam pelbagai bidang.

Ini terbukti apabila balai ce­rap itu sudah menerima lawatan berkumpulan pelajar dari institusi pengajian tinggi, sekolah, kementerian, agensi dan jabatan kerajaan dan swasta serta ahli jawatankuasa masjid.

Ketua Program Ukur (Geodetik), Sr Fauzani Azam berkata, pembukaan balai cerap itu mampu menaikkan minat tentang ilmu astronomi orang ramai.

“Impak kepada Malaysia bertambah balai cerap menjadikan 30 semuanya dan membuka ruang kepada ahli astronomi untuk berdiskusi dan bertukar pandangan.

“Impaknya kepada Perak, ia balai cerap pertama di negeri ini,” katanya.

Balai cerap ialah lokasi untuk memerhati cakerawala dan fenomena astronomi se­perti bintang, planet, matahari, galaksi dan objek angkasa lain.

Balai cerap itu dibina Julai 2023 dan mengambil nama Allahyarham Tan Sri Dr. Harussani Zakaria, untuk mengenang sumbangan beliau berkhidmat sebagai Mufti Perak dari tahun 1985 hingga 2021.

Kata Fauzani, antara keunikan balai cerap terbaharu ini terdapat dua tempat cerapan utama iaitu kubah menempatkan teleskop Ritchey-Chrétien (RC) bersaiz 16 inci dan Roll Off Roof (RoRo) menempatkan dua teleskop bersaiz 14 inci dan lapan inci. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN