Bahagian Hal Ehwal Agama, JPM bantu RM58,340 kepada mangsa banjir di Jerantut, Raub - Utusan Malaysia

Bahagian Hal Ehwal Agama, JPM bantu RM58,340 kepada mangsa banjir di Jerantut, Raub

Mohd Na'im Mokhtar (depan, dua dari kiri) sedang menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir di Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Jerantut, Pahang baru-baru ini.- UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAHAGIAN Hal Ehwal Agama, Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM), Tabung Haji, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) dan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan telah menyumbangkan barangan makanan, peralatan keperluan diri dan wang tunai dengan peruntukan bernilai RM58,340 kepada seramai 156 Ketua Isi Rumah (KIR) di daerah Jerantut dan Raub baru-baru ini.

Menterinya, Senator Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar berkata, sumbangan ini menzahirkan tanggungjawab Kerajaan Perpaduan serta agensi agama tersebut yang tidak pernah melupakan nasib penduduk yang ditimpa musibah walaupun tidak seberapa, tetapi kita sama-sama berkongsi kesusahan serta membantu penduduk berkenaan.

“Agihan sumbangan tersebut melibatkan seramai 29 buah keluarga di Kampung Tebing Tinggi dan Paya Teh, Jerantut, manakala daerah Raub melibatkan 127 buah keluarga di kawasan Mukim Ulu Dong dan Dong melibatkan sebanyak RM58,340,” katanya di Masjid Tengku Mahkota Abdullah Jerantut, Pahang baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya