PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang dilantik sebagai Yang di-Pertua (TYT) Sarawak kelapan.
Justeru, Perdana Menteri mendoakan agar pengalaman bekas Ahli Parlimen Santubong itu dapat dimanfaatkan untuk rakyat Sarawak.
“Menghadiri Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Sarawak di Istana Negara yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
“Tahniah saya ucapkan kepada Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar di atas pelantikan ini dengan doa semoga khidmat dan pengalaman panjang Tun dihargai serta dimanfaatkan rakyat terutamanya rakyat Sarawak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Wan Junaidi yang juga bekas Yang Dipertua Dewan Negara menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang telah memegang jawatan TYT Sarawak ketujuh selama 10 tahun sejak Mac 2014.